Port Dickson kerusi pilihan Anwar - Utusan Malaysia

Port Dickson kerusi pilihan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Port Dickson dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, beliau berbesar hati untuk mengosongkan kerusi supaya PRK dapat diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar.

“Semalam saya diberitahu oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa selepas perbincangan Anwar setuju dengan tawaran saya.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan saya serta merta dan saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Danyal Balagopal memenangi kerusi Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan majoriti 17,110 undi.

Sebelum ini, beberapa orang Ahli Parlimen PKR secara terbuka menawarkan kerusi mereka kepada Anwar, antaranya Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN