KULAI – Dua penjenayah warga asing yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun di negeri ini ditembak mati selepas cuba merempuh kenderaan polis di Jalan Sedenak di sini semalam. Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua suspek berusia 30-an itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan Ops Rantau cegah jenayah di Taman Manis di sini. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md.…










