Polis sita aset UMNO hingga Mei 2019 - Utusan Malaysia

Polis sita aset UMNO hingga Mei 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis mempunyai masa sehingga Mei tahun depan untuk menyimpan semua aset-aset UMNO yang disita untuk tujuan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sehingga kini Pasukan Siasatan Jenayah Pe­ngubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak berkaitan wang dan barang berharga yang disita.

“AMLA PDRM telah menyerahkan perintah di bawah Seksyen 32 AMLATFPUAA 2001 untuk hadir memberi keterangan kepada pegawai penyiasat berkaitan pemilikan wang tersebut.

“AMLA PDRM juga kini dalam proses mengumpulkan bukti yang cukup supaya tindakan pendakwaan dan perlucuthakan dapat diambil,” katanya.

Tambah beliau, AMLA PDRM juga telah memohon dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN