Polis Pahang anjur Fun Run/Ride 2018 di Temerloh 13 Oktober ini - Utusan Malaysia

Polis Pahang anjur Fun Run/Ride 2018 di Temerloh 13 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Sept. – Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri mempelawa penyertaan orang ramai sempena penganjuran Fun Run/ Ride 2018 di Temerloh dekat sini pada 13 Oktober ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, acara larian sejauh lima kilometer dan berbasikal 30 kilometer itu dijadualkan bermula di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dengan menyasarkan seramai 3,000 penyertaan dari seluruh negara.

“Program kerjasama JPJKK dan Adham Bike Centre ini bukan sahaja program yang baik untuk kesihatan namun bertujuan mempromosikan Re-Visit Pahang 2018 terutama produk pelancongan di sekitar Temerloh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap orang ramai terutama kelab-kelab seluruh kontijen menyertaan acara ini. Selain merapatkan silaturahim, ia juga selaras dengan ‘tagline’ pasukan iaitu Polis dan Masyarakat: Berpisah tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fun Run/Ride 2018 di Taman Kerang di sini hari ini.

Beliau bersama kira-kira 100 peserta turut menyertai acara kayuhan berbasikal sejauh 12 kilometer dari Taman Kerang ke Pantai Kempadang di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini