TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor merampas 41 kotak rokok seludup bernilai RM278,800 dan sebuah van dalam serbuan di Pengkalan Haram Badang, Sungai Golok di sini hari ini. Kesemua rokok yang dirampas dalam serbuan pada pukul 10 pagi itu dipercayai diperoleh dari Selangor dan untuk diseludup ke negara jiran menggunakan bot menyeberangi Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia dan Thailand di Kelantan. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 3, Asisten Superintendan Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, serbuan dilakukan selepas pasukannya mengadakan risikan awal di lokasi disyaki. “Ketika serbuan terdapat empat lelaki sedang memunggah…










