GOMBAK – Polis mencari tiga lelaki yang dipercayai membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah premis dobi layan diri di Taman Gombak Ria di sini pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 40 tahun dan dipercayai sering berkunjung ke premis tersebut untuk mencuci pakaian mereka. “Mereka bertiga diperlukan bagi membantu siasatan…










