BERN, Switzerland 20 Sept. – Jose Mourinho memuji Paul Pogba yang dianggap berada dalam kelas tersendiri selepas bintang tengah Perancis itu menjadi inspirasi Manchester United ketika menang 3-0 ke atas kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi sulung Liga Juara-Juara, hari ini.
Pogba menjaringkan dua gol menerusi rembatan kaki kiri dan sepakan penalti, selain mencipta gerakan untuk gol ketiga yang disempurnakan oleh Anthony Martial.
“Persembahan yang bagus.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Dia (Pogba) amat mantap, berada dalam kelas tersendiri dan memberikan kelajuan yang kami perlukan.
“Dia mengawal tempo dan sudah tentu sangat tajam di depan pintu gol,” kata pengendali United itu kepada BBC. – AGENSI











