PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memanfaatkan dana PKS Bank Negara Malaysia (BNM) yang masih berbaki RM3.9 bilion ketika ini. Mengulas aduan disuarakan PKS mengenai kesukaran mendapatkan pinjaman, katanya, mereka boleh berhubung terus dengan BNM yang sentiasa sedia untuk membantu sekiranya mengalami masalah seperti tiada cagaran dan sebagainya. “BNM ada Penolong Gabenor yang khas menguruskan dana PKS ini jadi tiada sebab mengapa…










