PKR Perlis beri sokongan penuh kepada Anwar pada PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

PKR Perlis beri sokongan penuh kepada Anwar pada PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis akan memberi bantuan dan sokongan 100 peratus bagi memastikan kemenangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu kelak.

Naib Ketua Cabang PKR Kangar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil berkata, setiap cabang di Perlis iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar akan membantu kempen parti itu pada PKR itu kelak.

“Pemilihan Port Dickson amat tepat kerana kerusi yang mewakili kepelbagaian kaum di negara ini.

“Selain itu, pemilihan Anwar yang merupakan bakal Perdana Menteri dapat menyelesaikan isu-isu kebajikan yang melibatkan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di daerah itu.

“Saya yakin dengan kesungguhan jentera parti dan pengaruh beliau dapat memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! melaporkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Kesungguhan Danyal Balagopal dalam menawarkan kerusi Parlimennya menambat hati Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Danyal Balagopal memenangi kerusi Parlimennya Port Dickson pada PRU-14 dengan majoriti 17,110 undi.

Pada pemilihan PKR 2018 pada 23 September ini, Asrul Nizan bertanding sebagai Ketua Cabang PKR Arau menentang Izhar Kamaruddin Sudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN