JOHOR BAHRU – Proses pemilihan PKR di Johor yang menyaksikan seramai 38,684 anggota parti disahkan layak mengundi berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini. Ia melibatkan 24 cabang tempat mengundi bermula 10 pagi iaitu cabang Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai dan Pontian. Proses menggunakan sistem undian secara digital, e-voting itu akan berlangsung sehingga 5 petang ini.…










