KUALA LUMPUR 16 Sept. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengambil beberapa langkah termasuk mencadangkan penggubalan akta baharu bagi memastikan hasil pertanian tempatan dan import, selamat serta dijamin berkualiti untuk rakyat. Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, usaha itu selari komitmen kerajaan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada khususnya dalam soal kuasa, peruntukan perundangan serta penguatkuasaan sekali gus meningkatkan perkhidmatan kementerian ke tahap lebih cekap. Jelas…










