BANYAK perkara yang bermain dalam fikiran Harris Anuar sewaktu pertama kali wajahnya disiarkan secara langsung menerusi program Big Stage Live Plus dalam platform tontonan video YouTube beberapa minggu lalu. Biarpun diberi tugas belakang tabir untuk mengemudi slot temu bual bersama peserta-peserta Big Stage, namun, menurut lelaki berusia 25 tahun itu, perasaan gemuruh tetap kuat membadai jiwanya. “Masih segar dalam ingatan ketika minggu pertama saya menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Big Stage…










