UMNO sememangnya dikenali sebagai musuh tradisi PKR sejak parti serpihan yang pada mulanya dinamakan Parti Keadilan Nasional ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999. Mengikut kelaziman sebelum ini, apabila PKR meletakkan calon Melayu dalam mana-mana pilihan raya, Barisan Nasional (BN) memberi cabaran dengan mempertaruhkan calon dari UMNO dan begitu juga sebaliknya. Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pula menyaksikan senario berbeza kerana tiada calon dari UMNO yang akan…










