Piala Ryder: Eropah kuasai hari pertama - Utusan Malaysia

Piala Ryder: Eropah kuasai hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 29 Sept. – Pemain berpengalaman Eropah, Sergio Garcia dan Ian Poulter mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen Piala Ryder apabila membantu pasukan mereka meraih kemenangan dalam acara foursomes untuk keputusan 5-3 mendahului Amerika Syarikat ketika ini di Le Golf National, hari ini.

Dalam saingan foursome, pasukan Eropah meraih kemenangan dengan keputusan 4-0 selepas ketinggalan 1-3 dalam aksi pembukaan fourballs.

Percaturan kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn memasukkan pilihan wildcard, Poulter, Garcia serta Henrik Stenson untuk aksi foursome juga menjadi antara faktor kemenangan tuan rumah pada hari pertama kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui sesi di sebelah pagi tidak begitu baik namun sukar untuk mengatakan sesi ini tidak cemerlang.

“Apabila anda menyapu bersih kemenangan dalam acara foursomes ia sesuatu yang amat istimewa buat pemain yang beraksi di lapangan,” kata Bjorn.

Dalam pada itu, Bjorn turut memberitahu keyakinannya terhadap Rory McIlroy masih tinggi biarpun bekas pemain No.1 dunia itu mempamerkan aksi hambar ketika saingan fourballs.

McIlroy yang bergandingan bersama Thorbjorn Olesen dalam aksi fourballs, tewas 4-2 kepada Dustin Johnson dan Rickie Fowler.

“Semuanya masih baik buat saya malah saya mempunyai perancangan untuk hari pertama dan berikutnya.

“Ketika pemain-pemain berkualiti gagal melakukan pukulan yang terbaik, mereka akan berusaha dan membuktikan kebolehan mereka begitu juga McIlroy,” kata Bjorn.

Sementara itu, keputusan kapten Amerika Syarikat, Jim Furyk tidak menurunkan Tiger Woods dan Patrick Reed selepas kekalahan mereka di tangan Francesco Molinari dan Tommy Fleetwood menyebabkan pasukan itu kehilangan rentak ketika aksi foursomes.

“Eropah menampilkan per­sem­bahan hebat pada hari ini.

“Saya berpendapat kami mempunyai momentum menjelang tengah hari tetapi kami tidak berupaya untuk meneruskannya,” kata Furyk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini