PERMATANG PAUH 3 Sept. – Pagi itu, suasana Kampung Terus, Permatang Pauh di sini berubah wajah, seolah-olah kembali ke zaman pertanian tradisional. Sepanjang jalan masuk ke kampung indah yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari bandar Bukit Mertajam, pelbagai skulpture jerami kelihatan. Ada yang membentuk kerbau, sampan dan petani sedang membajak sawah yang disusun kemas seperti mengalu-alukan kehadiran tetamu Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang yang julung kali dianjurkan. Pada satu…










