IPOH – Atlet dan pegawai kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 perlu menggunakan perpaduan dibentuk sepanjang temasya sukan itu berlangsung sebagai platform untuk terus bersatu atas nama Malaysia. Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, biarpun atlet bertanding atas bendera negeri masing-masing, perkara paling penting adalah rakyat bernaung di bawah panji-panji Jalur Gemilang yang menyatukan semua negeri di negara ini. “Saya terharu apabila melihat atlet-atlet muda kita meneruskan tradisi perpaduan dalam…










