Perlu proses perinci - Utusan Malaysia

Perlu proses perinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEBARANG cadangan menurunkan usia mengundi daripada 21 tahun kepada usia bawah 21 tahun perlu melalui proses penelitian teliti dan kajian terperinci semua pihak terbabit sebelum dilaksanakan.

Cadangan ini melibatkan masa depan negara dan paling penting masa depan golongan muda itu sendiri. Pihak berkaitan khususnya ahli politik yang mencadangkan perkara ini tidak perlu tergesa–gesa dalam melaksanakannya kerana ia melibatkan proses panjang seperti pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan parti pembangkang dalam Dewan Rakyat di samping pindaan pelbagai peruntukan undang-undang berkaitan.

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan setiap warganegara yang;

Memuatkan artikel berkaitan…

(a) telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan;

(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian; dan

(c) didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan, berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan.

Isu had usia mengundi ini diperkukuhkan lagi di bawah Akta Pilihanraya 1958 [Akta 19] yang mentafsirkan seseorang pemilih itu seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Saya cadangkan kerajaan wujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji perkara ini dengan teliti sebelum sebarang kata putus diberikan, meliputi pakar perundangan serta pakar bidang berkaitan bersama persatuan, kelab dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan belia.

Kajian terperinci mengenai perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan semua pihak khususnya golongan belia dalam negara kita terus terpelihara.

PEMANTAU PERLEMBAGAAN

Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini