PUTRAJAYA 5 Sept – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengarahkan semua perkhidmatan telekomunikasi prabayar untuk pelanggan rakyat Malaysia agar dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera. Kata kenyataan itu lagi, kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat terlibat agar pihak Kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat. “Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya