KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka membangkitkan isu tarif Amerika Syarikat (AS)-China pada sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking. Katanya, tarif AS terhadap US$200 bilion import China yang berkuatkuasa hari ini, adalah satu masalah ekonomi yang besar. “Tun Dr Mahathir besar kemungkinan akan membincangkan isu ini pada perhimpunan agung itu dan…










