PUTRAJAYA 12 Sept. – Tindakan sesetengah pemimpin PKR dilihat dangkal kerana tidak mengikut saluran yang betul dalam membuat keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson, demi memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen. Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, setiap keputusan yang diambil oleh parti ini perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan daripada seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi…










