Sebahagian daripada 10 buah bot penambang Seberang Takir yang dihiasi Jalur gemilang melintasi Masjid Kristal pada Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Terengganu 2018. Program yang disertai sekitar 110 orang peserta itu bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat dan orang awam, sekali gus memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.