Perancis labur RM17.4 bilion tingkat satelit tentera - Utusan Malaysia

Perancis labur RM17.4 bilion tingkat satelit tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 9 Sept. – Perancis akan melaburkan sejumlah AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion) bagi memperbaharui dan meningkatkan satelit ketenteraan, bertujuan untuk melindungi rangkaiannya daripada diintip oleh musuh.

“Kami akan memasang kamera pengawasan pada satelit supaya kami tahu siapa yang cuba menyerang kami,” kata Menteri Pertahanan, Florence Parly kepada stesen televisyen tempatan, CNews.

Tahun lalu, Perancis mengenalpasti cubaan Rusia untuk memintas transmisi daripada satelit tentera digunakan oleh Perancis dan Itali.

Rancangan terbaharu itu diumumkan seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan untuk membina ‘Tentera Angkasa’, cawangan baharu bagi tentera AS pada 2020. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN