IPOH 13 Sept. – Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha menarik lebih banyak kunjungan pelancong dari Medan, Indonesia ke Perak khususnya dalam sektor pelancongan perubatan. TAN KAR HING Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, pengendali hospital di sini memberi keyakinan bahawa mereka boleh menawarkan perkhidmatan pelancongan perubatan pada kadar lebih berpatutan berbanding negeri lain. Beliau berkata, ketika ini, pelancong dari Medan lebih cenderung memilih negeri Pulau…










