IPOH 29 Sept. – Kerajaan negeri mahu berbincang dengan pembikin-pembikin filem bagi mencari jalan untuk memudahkan mereka menjalankan penggambaran di Perak. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya memikirkan cadangan penubuhan sebuah pusat sehenti bagi mempercepat segala urusan untuk mendapatkan permit termasuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), polis mahupun bomba. “Pembikin filem hanya perlu pergi ke satu tempat untuk mendapatkan kesemua kelulusan permit bagi memudahkan mereka menjalani penggambaran filem…









