IPOH 14 Sept. – Ketua jurulatih Perak, Chan Wing Hoong memberitahu pasukannya berada di landasan terbaik untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut apabila bakal menentang Wilayah Persekutuan dalam acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, esok. Perak merupakan juara bertahan dua edisi berturut-turut sejak 2014 bagaimanapun jurulatih berusia 41 tahun itu memberitahu anak-anak buahnya tidak berasa sebarang tekanan untuk menghadapi Wilayah Persekutuan dalam…










