IPOH 26 Sept. – Kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik termasuk menutup sekolah agama Islam atau pusat tahfiz swasta yang didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata pihaknya akan membuat pertimbangan sewajarnya selain meletakkan satu tempoh masa bagi membolehkan pihak berkenaan berbuat demikian. “Jadi, saya setakat ini tidak bercadang untuk mengambil tindakan…










