KOTA KINABALU – Penyokong pasukan bola sepak Sabah menyelar tindakan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mengumumkan penundaan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah dan Pahang pada hari perlawanan yang sepatutnya berlangsung semalam. Presiden Sabah Football Fans Club (SFFC), Newbaxter Tibin berkata, FMLLP sepatutnya mengumumkan penundaan itu lebih awal berikutan permohonan penangguhan telah dilakukan sejak 8 Ogos lalu. Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa)…










