GOPENG 2 Sept. – Orang ramai diminta tidak panik dengan penyakit beguk yang dilaporkan menjangkiti 21 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Izzuddin Shah di sini kerana keadaannya masih lagi terkawal. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, setakat ini hanya sebuah sekolah sahaja yang terlibat dan mereka yang dijangkiti wabak penyakit itu telah pun diasingkan daripada pelajar lain. “Penyakit ini biasanya hanya sementara sahaja dan tidak sukar untuk dikawal…