Penolong Kanan HEM didakwa pecah amanah, palsukan dokumen RM11,550 - Utusan Malaysia

Penolong Kanan HEM didakwa pecah amanah, palsukan dokumen RM11,550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 648 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 48 pertuduhan palsukan dokumen dan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM11,550 lima tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Romzi Zahari, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut 24 pertuduhan, tertuduh yang merupakan Penolong Kanan HEM di Sekolah Kebangsaan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik didakwa pecah amanah selepas mengambil wang RM11,550 untuk kegunaan sendiri di pejabatnya di…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN