KUALA LUMPUR 12 Sept. – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan dan bersenjatakan parang terhadap dua pekerja rumah urut, Ogos lalu. Muhammad Nor Idham Md. Supari, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama empat yang masih bebas didakwa merompak menggunakan sebilah parang terhadap dua lelaki,…










