MELAKA 21 Sept. – Seorang penjual buah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera dua orang anak lelakinya pada bulan lalu. Aw Kok Yan, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa telah menganiaya anak sulungnya berusia 7 tahun dengan memukul tangan, dada dan menampar kanak-kanak…










