BANGKOK 17 Sept. – Seorang pengasas dan dua orang anggota parti pembangkang didakwa atas kesalahan melanggar Akta Jenayah Komputer serta sekiranya didapati bersalah, boleh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak 100,000 baht (RM12,674.95). Thanathorn Juangroongruangkit, 39, pengasas Parti Haluan Masa Hadapan didapati mengeluarkan kenyataan palsu yang dimuat naik di laman Facebook pada 29 Jun lalu. Ketiga-tiga mereka ditahan di balai polis Bangkok, di mana mereka disoal siasat…










