SEBERANG PERAI – Gara-gara lambat siapkan sarapan, seorang penganggur tergamak memukul kepala ibunya dengan sebatang penyapu dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi di Kampung Pengkalan Bongor, Kepala Batas di sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kanyataan sebentar tadi berkata, turut mengalami kecederaan ringan ialah adik lelaki suspek berusia 18 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu apabila dibaling dengan sebuah kerusi plastik. Menurut…











