PASIR MAS 17 Sept. – Seekor ikan patin buah seberat 150 kilogram (kg) berjaya didaratkan oleh sekumpulan penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti di sini tengah malam tadi. Wakilnya, Mohd. Ghazali Daud, 62, berkata, ikan tersebut berjaya ditangkap menggunakan kaedah candik di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek. Menurutnya, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menarik ikan berkenaan ke tebing sungai menggunakan tali. “Ini merupakan tangkapan ikan patin terbesar yang pernah…










