KUALA LUMPUR – Penahanan enam pegawai imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menangani isu rasuah dalam kakitangannya secara menyeluruh. Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penahanan tersebut adalah hasil daripada perkongsian maklumat risikan dan aduan bagi menangani isu-isu bolos serta penyeludupan warga asing di pintu masuk negara. “Jabatan ini turut bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan Polis Diraja Malaysia…










