PUTRAJAYA 28 Sept. – Penahanan enam pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini adalah hasil kerjasama Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, usaha tersebut dilakukan menerusi perkongsian maklumat risikan dan aduan untuk menangani masalah bolos serta penyeludupan orang di pintu masuk negara. Menurut beliau, pihaknya sebelum juga turut melakukan beberapa siri tangkapan terhadap para pegawainya yang…










