Penahan konkrit pecah akibat limpahan air dari bukit - Utusan Malaysia

Penahan konkrit pecah akibat limpahan air dari bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 26 Sept. – Pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Kilometer 42, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ekoran dinding tembok penahan konkrit yang dipasang pada cerun bukit pecah sehingga mengakibatkan limpahan air dari bukit.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.45 petang di sempadan Pahang-Perak itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi berkata, hujan lebat yang bermula pukul 12 tengah hari kini mulai reda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bomba menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut memandangkan limpahan air masih laju.

“Laluan trafik hanya dibuka untuk selorong sahaja bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Kejadian tersebut viral di laman sosial termasuk rakaman video limpahan air yang deras dari bukit yang menyebabkan pengguna jalan tersebut tidak dapat melalui kawasan kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini