Pemilihan PKR wajar dihentikan beri laluan PRK PD - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR wajar dihentikan beri laluan PRK PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMUR 13 Sept.- Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR digesa menangguhkan proses pemilihan semua peringkat parti itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, ini bagi menjamin ketelusan semua pihak dan penglibatan pemimpin dalam kempen  PRK itu.

“Saya yakin dan percaya dengan muafakat dalaman PKR ini akan menghasilkan impak positif yang lebih baik sekali gus menjamin kemenangan selesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Dewan Rakyat memimpin agenda reformasi institusi Parlimen.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa usaha ini wajar diraikan dalam keadaan muafakat Pakatan Harapan (PH) yang jelas dan persediaan awal buat Anwar kembali aktif di kancah politik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN