JOHOR BAHRU 30 Sept. – Proses pemilihan pucuk pimpinan PKR Johor yang membabitkan 24 cabang di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan, setakat pukul 6 petang tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan sepanjang proses pemilihan berjalan bermula 10 pagi hingga 5 petang.
“Buat masa ini, polis tidak menerima sebarang laporan kekecohan sepanjang pemilihan PKR di Johor. Semua berjalan lancar tanpa gangguan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Beliu berkata, pihak polis termasuk semua Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) turut memberikan kerjasama membuat pemantauan bagi memastikan proses pemilihan itu berjalan lancar.
Seramai 38,684 ahli PKR di negeri ini disahkan layak mengundi bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini hari ini. – UTUSAN ONLINE










