Pemilihan PKR: Empat individu ditahan - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Empat individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 22 Sept. – Polis menahan empat individu dipercayai terlibat dalam pergaduhan di pusat pengundian Pemilihan PKR Cabang Merbok di sebuah resort di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pergaduhan yang berlaku pada pukul 11 pagi itu mengakibatkan salah seorang daripada mereka cedera akibat dipukul dengan kayu.

“Bagaimanapun, siasatan mengenai punca pergaduhan itu sedang dilakukan dan polis akan melakukan beberapa orang lagi tangkapan kerana melakukan pergaduhan di situ,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, tindakan menggunakan kayu hingga menyebabkan kecederaan dalam sebarang mesyuarat atau sebagainya adalah menjadi satu kesalahan.

“Pemilihan pemimpin PKR peringkat pusat cabang Sungai Petani turut diadakan di Dewan Beng Siew Pekan Lama Jalan Kuala Ketil di sini tetapi tidak mencetuskan pergaduhan tetapi di Cabang Merbok berlaku hingga kecederaan,” katanya.

Pemilihan Ketua Cabang Merbok melibatkan Zikri Md. Zain, R. Sammugam dan Dr. R. Krishnamoorthy. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini