BEIJING 13 Sept. – Seorang pemandu di China merempuh orang ramai di sebuah dataran awam membunuh sebanyak sembilan orang dan mencederakan 46 orang yang lain, dalam satu kejadian dekat sini, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.35 malam waktu tempatan di bandar Hengdong di wilayah Hunan. Polis telah menahan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dan berdasarkan laporan portal The Paper, pemandu itu dipercayai pernah dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah. –…










