Pemain negara kecewa di Seoul - Utusan Malaysia

Pemain negara kecewa di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CABARAN pemain beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming untuk melakar kejutan pada kejohanan badminton Terbuka Korea 2018 berakhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain pilihan kelapan dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe pada aksi separuh akhir semalam.

Bekas pasangan di bawah naung­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu tewas straight set 21-13, 21-12 dalam tempoh 29 minit di Stadium SK Handball, Seoul.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada mereka kerana masih mampu mara ke pusingan separuh akhir walaupun diletakkan sebagai underdog yang menghuni kedudukan 75 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan dari Jepun berkenaan mara ke pusingan separuh akhir setelah menumpaskan wakil negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga dengan keputusan straight set 20-22, 14-21 kelmarin.

Menurut Juan Shen pencapaian mereka pada Terbuka Korea boleh dibanggakan walaupun pada masa sama mengakui kecewa kerana gagal mara ke pusingan akhir hari ini.

“Prestasi kami menjadi lebih baik apabila beraksi tanpa tekanan. Ini adalah permulaan yang baik untuk kami,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir pemain negara meraih gelaran juara Terbuka Korea adalah pada tahun 1991.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini