LEICESTER 12 Sept. – Danny Rose mendedahkan bahawa pemain-pemain England bertikam lidah pada waktu rehat separuh masa pertama sebelum menang 1-0 ke atas Switzerland dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium King Power.
Pasukan kendalian Gareth Southgate yang mara ke separuh akhir Piala Dunia berdepan tiga kekalahan berturut-turut dan banyak melakukan perubahan dalam kesebelasan utama dalam aksi itu.
Separuh masa kedua menyaksikan perubahan ketara dalam aksi keseluruhan pasukan dan Marcus Rashford menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu selepas menerima hantara Kyle Walker pada minit ke-54.
“Kami tidak begitu gembira dengan aksi separuh masa pertama terutama cara kami bermain dan memberikan tekanan.
“Semua orang menyuarakan pendapat masing-masing dan kami rasa, separuh masa kedua jauh lebih baik,” kata Rose.










