Pelayar warga India diselamatkan selepas hanyut di laut - Utusan Malaysia

Pelayar warga India diselamatkan selepas hanyut di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 24 Sept. – Seorang pelayar warga India yang cedera parah dan hanyut di lautan sejauh beribu-ribu kilometer berjaya diselamatkan dari kapal layarnya yang rosak akibat dibadai ribut. Abhilash Tomy yang menyertai pertandingan perlumbaan kapal layar Golden Globe mengalami kecederaan apabila kapalnya dilanda ribut dan dihanyutkan arus ke Lautan Hindi. Kapalnya dihanyutkan kira-kira 3,500 kilometer dari barat Australia sebelum ditemukan dan diselamatkan oleh kapal pengawal nelayan Perancis. Ketika ditemukan, Tomy berada dalam keadaan stabil. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN