PUTRAJAYA 13 Sept. – Mahkamah Persekutuan diminta menentukan kesahan pelantikan Tun Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan kerana masih terdapat isu perlembagaan yang perlu diputuskan berhubung pelantikan tersebut. Majlis Peguam dan Persatuan Peguambela Sarawak (AAS)berpendirian, walaupun kedua-dua hakim tertinggi itu telah bersara pada 11 Julai lalu, persoalan undang-undang yang dikemukakan berhubung lanjutan tempoh perjawatan dan pelantikan hakim adalah penting dan…










