PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan memperkenalkan Pelan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang 2018-2030 pada bulan hadapan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu global tersebut. Menteri MESSTECC, Yeoh Bee Yin berkata, pelan tindakan tersebut merupakan salah satu langkah ke hadapan kerajaan bagi membincangkan isu pencemaran plastik secara terbuka dengan pelbagai pihak terlibat termasuk rakyat, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO).…










