KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor sejak Isnin lalu kerana menghidap kanser esofagus atau Esophageal Cancer iaitu kerosakan akibat asid dalam perut. Beliau yang masih menerima rawatan di hospital tersebut bagaimanapun akan dibenarkan pulang pada Sabtu ini sebelum perlu ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 12 September depan untuk melakukan proses PET-CT Scan. “Alhamdulillah keadaan saya baik-baik sahaja. Sebenarnya sebelum ini…










