Pelajar sekolah dibaham buaya - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Seorang pelajar tingkatan satu nyaris maut apabila dibaham seekor buaya ketika sedang mandi-manda di sungai berdekatan rumah ibu saudaranya di Jalan Pordeco Kampung Melayu Batu 8 di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mang­sa yang berusia 13 tahun cedera pada paha kanan dan bahagian badan akibat digigit reptilia ganas tersebut.

Bagaimanapun, remaja terbabit berjaya di­selamatkan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber, buaya sepanjang kira-kira dua meter itu telah membaham kaki kanan mangsa sebelum melepaskan gi­gitan secara tiba-tiba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN