TAIPING – Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya patah tangan kiri selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 13.6 Jalan Kuala Sepetang-Taiping berhampiran Larut Tin di sini lewat malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.00 malam itu, mangsa, Muhammad Qhairuldin Shah Yaakop, 17, yang merupakan pemandu kereta jenis Nissan Fairlady itu meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad…










