Pelacur otai mengaku bersalah tawar khidmat seks - Utusan Malaysia

Pelacur otai mengaku bersalah tawar khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Seorang janda yang digelar ‘pelacur otai’ dalam kalangan rakannya mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini hari ini atas pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri.

Wanita berusia 45 tahun yang berasal dari Johor dan menetap di Klang, Selangor itu berdepan tuduhan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi  WeChat boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh ditahan bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya kira-kira pukul 11 malam pada 19 September lalu dalam serbuan di sebuah resort ternama di sini.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit sebelum lapan barang kes dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak dan jel pelincir serta kondom yang masih tidak digunakan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguambela, Fazru Anuar Yusof.

Hakim Syarie menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa atau adik beradik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini